Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Cipta Rekod, Kecoh Orang Ramai Berebut 'Kebas' Kuih Talam Durian

Kuih Talam Durian
Kredit: Tribunnews

Niat Cipta Rekod, Kecoh Orang Ramai Berebut 'Kebas' Kuih Talam Durian

Hasrat penganjuran Festival Kuih Talam yang diadakan di Pekanbaru, Indonesia untuk memecahkan rekod kuih talam terpanjang bertukar kecoh apabila sebahagian kuih berkenaan didakwa diambil orang ramai sebelum sempat disusun untuk dipamerkan, lapor Tribunnews.

Dalam klip tular di media sosial memaparkan orang ramai mengeremuni kawasan berkenaan.

Lebih menyedihkan, sebelum acara itu selesai, orang ramai sudah mula berebut kuih talam durian yang dihidangkan di atas meja sepanjang satu kilometer di kawasan CFD di Jalan Jendral Sudirman itu.

Petugas Tak Mampu Halang Keadaan

Difahamkan, acara yang dicemari insiden berkenaan juga gagal dikawal oleh petugas kerana berdepan kesukaran dengan jumlah orang awam.

Tidak cukup dengan itu, kuih berkenaan yang berada di dalam trak pikap milik penaja turut diserbu oleh orang ramai.

Mereka yang berebut itu bukan sahaja didakwa mengambil satu kotak, malah ada individu yang mengambil sehingga tiga kotak kuih.

Sepatutnya Disusun 1 KM Panjang

Walau bagaimanapun, acara untuk memecahkan rekod Muzium Rekor Indonesia (MURI) itu tetap dilangsungkan. Manakala sijil Rekod MURI diserahkan oleh wakil MURI, Lutfi, kepada Datuk Bandar Pekanbaru, Agung Nugroho, dengan didampingi oleh pegawai-pegawai lain.

Untuk makluman, sajian kuih tradisional khas Pekanbaru itu merupakan yang terpanjang di dunia yang dianjurkan oleh MURI.