Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disahkan maut secara tragis setelah jatuh ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan kembarnya yang sedang lemas. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Afrika Selatan dan masih berada dalam siasatan pihak polis.
Menurut laporan, pasukan paramedik cuba menyelamatkan mereka tetapi tidak berjaya dan mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Datuk mangsa, Ivan Ikes berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dua beradik itu ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh mereka.
Rakaman daripada CCTV yang terdapat di rumah berkenaan menunjukkan sebelum kejadian mereka terjatuh di dalam kolam renang, dua beradik tersebut membuka pintu pagar dan bermain di luar rumah.
Tambahnya, seorang daripada mereka turut terjun ke dalam kolam renang tersebut untuk menyelamatkan si adik sebelum kedua-duanya maut akibat lemas.
Sumber: The Sun