Siakap Keli

NASA Dilapor Akan Beli Sampel Debu Bulan, Harga Sehingga RM 60k

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepasa (NASA) dilapor mengikat kontrak dengan empat syarikat untuk mengumpulkan sampel debu di bulan dalam beberapa tahun yang akan datang.

Menerusi kontrak tersebut, empat syarikat itu akan mengumpulkan sampel bulan dan menyerahkan bahan tersebut kepada NASA dengan harga $ 1 (RM4.06) hingga $ 15,000 (RM60,960.13).

Tambahnya, syarikat berkenaan telah merancang untuk melakukan misi ke bulan pada tahun 2022 dan 2023 demi mendapatkan sampel yang diingini oleh pihak NASA.

Menurut laporan, empat syarikat tersebut merupakan Lunar Outpost of Golden dari Colorado, ispace Japan dari Tokyo, ispace Europe dari Luxembourg dan Masten Space Systems of Majave dari California.

Syarikat-syarikat tersebut akan mengumpulkan sejumlah kecil tanah lunar iaitu “regolith” di bulan dan tanah tersebut akan diberikan kepada NASA. Ia bertujuan untuk dijadikan hak milik tunggal NASA bagi penggunaan agensi di bawah program Artemis.

Walau bagaimana pun, laporan dari space.com mengatakan perkara tersebut tidak dapat dikenal pasti sama ada bahan tersebut akan dibawa ke Bumi.

Sumber: India Today

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia