Siakap Keli
Gambar via telagana today

Dipercayai Berusia 37 Juta Tahun, Rangka ‘Harimau Bergigi Pedang’ Dilapor Dilelong Dengan Nilai Lebih RM300 Ribu

Geneva – Rangka harimau yang hampir berusia 40 juta tahun, setahun selepas penemuannya di sebuah ladang ladang di Amerika Syarikat telah dijual di Switzerland dengan nilai mencecah $ 88,750 (RM361,301). Rangka tersebut dianggarkan sekitar 120 sentimeter iaitu hampir empat kaki itu awalnya dijual dengan nilai $ 66,560 (RM270,965) hingga $ 88,750 (RM361,301).

“Fosil ini sangat unik kerana berusia 37 juta tahun dan proses pemulihannya 90 peratus lengkap,” kata Bernard Piguet, Pengarah Pusat Lelongan Piguet.

“Beberapa tulang yang hilang telah dibuat semula dengan pencetak 3D dan sekitarnya adalah bingkai logam,” tambahnya.

Rangka asli itu adalah tulang Hoplophoneus di mana ianya adalah keluarga Nimravidae yang pupus di Amerika Utara. Mamalia yang pupus seperti itu disebut sebagai harimau bergigi pedang.

“Ia ditemui di Dakota Selatan ketika penggalian terakhir musim panas tahun lalu,” kata pengumpul Switzerland, Yann Cuenin.

“Seperti Kebanyakkan penemuan, sebahagian daripada kerangka haiwan tersebut mengalami hakisan,” tambahnya.

Selain daripada itu, terdapat beberapa khazanah lampau termasuklah ammolite, batu permata organic seperti opal dalam warna oren dan merah.

Bukan itu sahaja, peminat Taman Jurassic juga berpeluang membeli gigi T Rex, dinosaur spesies Tyrannosaurus yang mempunyai sirip sepanjang 85 sentimenter yang mengagumkan dari mosasaur.

Sumber: Telangana Today

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia