Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) Ular Melingkar Dekat Kabel Elektrik, ‘Pakcik’ Ni ‘Selamba’ Je Panjat Dan Tangkap Bawa Turun

Satu rakaman yang memaparkan seekor ular sedang melingkar di kabel elektrik telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman itu juga turut memaparkan seorang ‘pakcik’ yang secara bersahaja menurunkan ular tersebut daripada kabel elektrik itu.

Setelah melihat ular terbabit melingkar di kabel elektrik itu, ‘pakcik’ tersebut segera memanjat tembok untuk mencapai ular tersebut.

Tanpa memakai sebarang peralatan dan secara bersahajanya, ‘pakcik’ itu terus menghulurkan tangannya dengan mensasarkan bahagian kepala ular tersebut terlebih dahulu.

Setelah berjaya mengenggam bahagian kepala ular itu, dia terus berusaha memusing-musingkan ular yang sedang melilit kabel elektrik itu bagi menurunkannya sementara salah seorang lelaki bersedia menyambut ular tersebut untuk dimasukkan dalam guni.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Instagram. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 200 ribu kali daripada pengguna Instagram.

Sumber: makassar_iinfo

Aqmal Ezany

I write what is right