Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Wanita Ditemui Maut Dipercayai Akibat Telefon Bimbit Sedang Dicas Terjatuh Dalam Tab Mandi

Seorang wanita ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas telefon bimbit yang sedang dicas terjatuh dalam tab mandinya, lapor Daily Mail.

Wanita yang berusia 24 tahun itu ditemui maut oleh rakan karibnya di rumah mereka yang terletak di Arkhangelsk, Rusia.

“Saya menjerit, berusaha untuk menyedarkannya, namun dia pucat, tidak bernafas dan tidak menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa,” kata rakannya kepada operator talian kecemasan.

 

“Saya sangat-sangat takut. Semasa saya menyentuhnya, saya dapat merasakan renjatan elektrik tersebut.

“Terdapat telefon bimbit di dalam air, ianya sedang dicas.”

Paramedik mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di dalam tab mandinya dan menjumpai telefon bimbitnya yang sedang dicas di dalam tab mandi tersebut.

Satu video swafoto setahun yang lalu menunjukkan bahawa dia sedang mandi di dalam tab mandinya.

 

Kementerian Kecemasan Rusia telah bertindak mengeluarkan amaran susulan daripada tragedi itu.

Tragedi tersebut sekali lagi mengingatkan kita bahawa air dan alat elektrik yang disambungkan ke palam adalah sangat merbahaya.

Perkara yang sama juga turut boleh berlaku pada mana-mana peranti mudah alih.

“Sekiranya anda memasukkan telefon pintar anda ke dalam air, yang paling teruk boleh terjadi adalah ianya rosak.

“Namun sekiranya ianya disambungkan kepada palam, kita boleh tahu apa akibatnya.”

Pada bulan Ogos, seorang pelajar sekolah Rusia Anna K, 15, dilaporkan meninggal dunia di Moscow selepas mengalami renjatan elektrik di bilik mandinya.

Tahun lalu Liliya Novikova, 26, bintang poker yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right