Siakap Keli

(Video) Boleh Ke Bernikah Jika Lelaki & Perempuan Terdampar Di Pulau Yang Jauh? Ini Penjelasan UAI

Bayangkan jika hanya dua orang sahaja yang terselamat bot karam di sebuah pulau jauh dari penempatan manusia, apa yang akan terjadi? Tambah-tambah lagi bila hanya lelaki dan wanita sahaja serta tiada orang lain.

Menurut seorang Ulama’ Syeikh Ismail Usman Zain dalam kitabnya QurratulAin, maka dimaafkan mereka itu mengakad nikah sendiri. Difahamkan menerusi penjelasan Ustaz Azhar Idrus, mereka boleh bernikah sesama sendiri dan akad nikah sendiri dengan lafaz;

“Aku jadikan kamu sebagai isteriku dengan nama Allah”…

Jika tidak ada sesiapa yang datang ke pulau tersebut, hiduplah mereka sampai berketurunan. Namun, jika ada kapal atau pihak yang menyelamatkan mereka, pasangan ini diwajibkan untuk akad nikah semula mengikut rukun nikah yang asal.

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang