Siakap Keli

Kapal Dilaporkan Meletup Dekat Pelabuhan Jeddah

DUBAI, 14 Dis – Satu letupan berlaku di sebuah kapal di bandar pelabuhan Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Berita Xinhua menurut laporan tempatan pada Isnin.

Sebuah firma perisikan maritim, Dryad Global melaporkan di laman webnya letupan itu berlaku pada 10.11 malam Ahad membabitkan sebuah kapal tangki minyak.

“Laporan  menyatakan sebuah kapal mengalami letupan ketika menjalankan operasi di kawasan berlabuh utama di pelabuhan Aramco Jeddah, ” kata firma itu

Laporan itu tidak menyatakan punca letupan.

Operasi Perdagangan Laut United Kingdom sebuah organisasi di bawah tentera laut Britain berkata siasatan masih dijalankan dan menasihatkan kapal-kapal di kawasan itu supaya lebih berwaspada.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang