Siakap Keli

555 Pekerja Asing Dikesan Positif COVID-19 Melalui Program Saringan Pekerja Asing Secara Berperingkat

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa seramai 555 pekerja asing dilaporkan telah positif COVID-19 dari 17,000 orang yang disaring di dalam program saringan pekerja asing secara berperingkat.

Saringan tersebut yang telah dijalankan di beberapa kilang dan industri yang terlibat di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.

“Menurut Kementerian Sumber Manusia, daripada 1 Disember sehingga 14 Disember, hampir 17,000 telah pun disaring dan daripada jumlah tersebut 555 telah positif manakala hampir 16,400, keputusan mereka adalah negatif.

“Sebanyak 663 kilang atau industri terlibat dalam pemeriksaan ini dan 650 buah klinik terlibat bersama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Beliau juga turut menyeru majikan untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kegagalan untuk berbuat sedemikian tentunya akan memberi kesan yang besar kepada mereka.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story