Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Dukacita Dimaklumkan, Tiga Lagi Kes Kematian COVID-19 Dicatatkan Hari Ini Libatkan Pesakit Di Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak tiga pertambahan kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.

Dengan pertambahan tersebut, jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 kini meningkat sebanyak 422 kes bersamaan 0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kesemua kes kematian hari ini juga melibatkan pesakit di negeri Sabah.

Berikut merupakan perincian bagi kesemua kes kematian pada hari ini.

Kes kematian 420 iaitu kes nombor 52,142 merupakan seorang perempuan Warganegara yang berusia 45 tahun, beliau menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan strok.

Kes kematian 421 iaitu kes nombor 54,828 melibatkan seorang lelaki Warganegara berusia 88 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi, kelenjar prostat dan buta.

Kes kematian 422 iaitu kes nombor 56,822 juga merupakan seorang lelaki Warganegara yang berusia 75 tahun, beliau mempunyai penyakit darah tinggi, paru-paru kronik dan jantung.

Ketiga-ketiga pesakit meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mereka.

Sumber: Kp Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story