Siakap Keli
Gambar via CNN.Com

Jururawat Jaga Wad ICU Di New York Jadi Orang Pertama Terima Vaksin COVID-19 Yang Diluluskan Amerika

NEW YORK –  Amerika Syarikat menjadi sebuah negara yang paling terjejas sepanjang wabak pendemik COVID-19 dengan kes yang semakin meningkat setiap hari dan kes kematian yang dilaporkan hampir  300,000 orang.

Justeru, seorang jururawat ICU, Sandra Lindsay yang bekerja di Pusat Perubatan Yahudi Long Island Di Queens, New York City menjadi individu pertama di negara tersebut menerima suntikan vaksin COVID-19. Berita mengenai perkara tersebut juga telah disiarkan secara video langsung sekitar jam 9.20 pagi semalam.

“Saya tidak rasa ia berbaza dengan suntikan vaksin yang lain,” kata Lindsay kepada CNN malah mengesyorkan orang ramai untuk menerima suntikan vaksin.

“Saya ingin menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk menghentikan wabak COVID-19,” tambahnya lagi.

Namun begitu, pihak berkuasa negeri dan tempatan akan menentukan siapa yang perlu mendapatkan vaksin dengan waktu yang ditetapkan. CDC mengesyorkan supaya individu yang penting seperti pekerja barisan hadapan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Menurut laporan, untuk mendapat kesan sepenuhnya, individu akan diberikan dua suntikan vaksin selepas 21 hari suntikan pertama.

Sumber: CNN. Com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia