Siakap Keli

(Video) “Ego Seorang Abah,” Marah Anak Belikan Kasut Harga Mahal, Akhirnya Ucap Terima Kasih

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan, sifat seorang lelaki yang bernama ayah ini digambarkan sebagai seorang yang tegas dan ‘kurang mesra’. Sangat berbeza dengan sifat seorang ibu yang sangat mesra dengan anak-anak dan lemah lembut.

Namun, disebalik perwatakan tegas dan ego ini sebenarnya penuh dengan sifat sayang menyayang dan inginkan yang terbaik buat anak-anak tercinta.

Perkongsian gembira bercampur hiba ini dikongsikan oleh Sue menerusi laman Twitternya mengenai betapa egonya seorang ayah mendapat hadiah daripada anak perempuannya.

“Orang suruh jimat duit, beli hat tu beli hat ni… aduhh tua-tua abah tak pakai dah..jimat sama duit tu, ni bukan benda murah.. apa-apun terima kasihlah beli juga”.

“Padahal mak cakap ayah suka sangat dengan kasut ni.”

Video yang mendapat lebih 100 ribu tontonan ini menunjukkan pada awalnya kelihatan ayah gadis ini seperti marah dan tidak suka kerana tidak mahu bazirkan wang, tetapi momen di mana ayahnya mengucapkan terima kasih ini menarik perhatian ramai. Situasi ini diibaratkan ketawa dalam hiba.

“Guna gaji pertama kerja…”

Menurut Sue semasa dihubungi, pemberian hadiah ini daripada duit gaji pertama dia bekerja. Dan inilah kali pertama dia memberi sesuatu kepada ayahnya. Bertuah ayahnya dapat anak yang kongsi rezeki dengan orang tuannya

Sumber: Sue

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang