Siakap Keli
Gambar via Kompas.com

(Video) Viral Seekor ‘Dinosaur’ Dibawa Turun Dari Lori Di Indonesia, Buat Warganet Tertanya-Tanya

Baru-baru ini, heboh sebuah video yang menunjukkan seekor ‘dinosaur’ yang diturunkan dari sebuah lori di Indonesia dengan bantuan beberapa petugas. Video itu mendapat perhatian warganet sehingga meraih lebih 73K tontonan. Haiwan yang berusia ribuan tahun itu menjadi perbualan warganet malah menimbulkan tanda tanya sama ada ianya betul atau hanya sekadar patung hiasan.

Haiwan prasejarah yang dikenali sebagai Triceratops kelihatan seperti dipaksa untuk turun dari sebuah lori oleh beberapa petugas. Aksi para petugas membuatkan warganet semakin keliru. Video yang berdurasi tiga minit tersebut dikatakan berada di Mojosemi Forest Park Magetan di mana diketahui memiliki Dinosaurus Park.

Namun begitu, terdapat segelintir warganet yang memaklumkan bahawa kewujudan dinosaur pada masa kini tidak relevan lagi kerana ianya sudah pupus ribuan tahun yang lalu.

Dinosour itu sebenarnya adalah patung mekanikal bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung.

Menurut laporan dari Suarajogja.id, dinosaur tersebut merupakan sebahagian daripada promosi pihak berkenaan. Malah, ia bertujuan untuk menarik semula perhatian pelancong supaya berkunjung dan melihat pelbagai koleksi yang ada di taman dinosaur itu.

Kepada pelancong yang ingin melawati dunia Indonesia, anda disarankan untuk berkunjung ke Dinosaurus Park selepas keadaan pandemik COVID-19 beransur pulih.

Sumber: Suarajogja.id

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia