Siakap Keli
Gambar via detikFood

Viral Lelaki Buat Cabaran ‘Mukbang’ Makan Kepala Lembu Masih Berkulit, Buat Netizen Rasa Loya

JAKARTA – Seorang lelaki menjadi perbualan warganet apabila dirinya melakukan aksi ‘mukbang’ atau program makanannya yang menunjukkan dirinya memakan kepala lembu masih berkulit. Aksinya itu telah dirakam dan menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 45 saat tersebut dimuat naik oleh pengguna akaun Instagram yang menunjukkan lelaki tersebut memakan kepala lembu tanpa dipotong atau disiat kulitnya terlebih dahulu.

Tambahnya, lelaki tersebut dilihat menggigit bahagian hidung lembu berkali-kali tanpa merasakan jijik atau takut. Bahkan dirinya menunjukkan kunyahan bahagian hidung yang dimakannya itu ke arah kamera.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan dikira ekstrem kerana makan kepala lembu tersebut yang masih lengkap dengan tanduk, mata dan gigi. Malah, dirinya menghiaskan hidangan tersebut dengan timun dan juga sos.

Walau bagaimanapun, pebuatannya membuatkan warganet yang melihat rakaman video tersebut mengundang rasa loya, sedangkan lelaki tersebut mengatakan bahawa kepala lembu itu sangat sedap.

“Ya Allah, selepas tengok video terus hilang nafsu nak makan.

“Baru selesai makan terus rasa nak muntah tengok video itu,” respon warganet.

Sumber: radarcirebon.com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia