Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysia bukan saja dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum, namun turut dipenuhi dengan variasi makanan ikonik yang menyelerakan.
Tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu tarikan yang berjaya menambat hati para pelancong dari luar negara.
Antara makanan yang sentiasa mencuri tumpuan ialah nasi lemak, roti canai, mi dan nasi goreng serta teh tarik.
Keenakannya membuatkan orang di luar negara turut mencuba untuk menyediakan hidangan-hidangan itu.
Sebelum ini, tular video yang menyaksikan pencipta kandungan popular di India, Villatic Foods, memasak nasi lemak.
Percubaan pertama kali itu mendapat pujian daripada rakyat Malaysia dan ada yang terliur melihat hidangan yang disediakan itu.

Terbaru, dua lelaki itu kembali mencuri tumpuan selepas memasak mi goreng Malaysia.
Dengan menggunakan ayam, udang dan tofu sebagai pelengkap hidangan, ia sekali lagi berjaya membuatkan ramai netizen terliur.


"Resipi mi goreng Malaysia," kata kapsyen di video itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha untuk menghasilkan hidangan itu.
"Sangat bangga tengok makanan Malaysia dimasak dan dinikmati di India. Masakan Malaysia sememangnya lazat, kaya dengan rasa dan cerminan indah warisan masyarakat majmuk kami"
"Ah sudah aku sampai telan air liur tengok dorang masak dan makan"
"Tauge belum sempat tumbuh, by the way Malaysian approved mi gorang uncle"
"Sedapnya mi goreng mamak, rasa garam tak tu uncle? Boleh letak kicap lebih sikit"
Belum cuba belum tahu, bila sudah rasa pasti terpikat. Itulah yang boleh digambarkan apabila sebut mengenai makanan itu.
Walaupun mungkin ada bahan atau cara memasak yang dilihat tidak sempurna, namun sekurang-kurangnya makanan kita menjadi tarikan untuk pelancong luar.