Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Keluarga Dilapor Gali Kubur & Jual Mayat Anak Perempuan Untuk Dijadikan ‘Pengantin Hantu’ Di China

CHINA – Terdapat sebuah keluarga di China yang mendakwa telah menggali semula kubur anak perempuannya yang telah meninggal 12 tahun lalu untuk dijadikan “pengantin hantu”.  Mayat tersebut dijual dengan harga 80,000 yuan (RM50,000) dan bakal dikahwinkan dengan seorang mayat lelaki sebagai ritual pertunangan kuno.

Laporan menyatakan Yin Hun atau ‘perkahwinan hantu’ telah diamalkan di China selama ribuan tahun di mana mereka mempercayai mayat yang belum berkahwin akan berasa sunyi di alam sana. Manakala sekiranya mayat dikahwinkan, maka ia akan memberi tuah kepada generasi yang akan datang.

Kisah ini bermula apabila Kang didakwa telah membunuh diri pada tahun 2008 setelah bertengkar dengan suaminya, Li Zhong. Hal ini difahamkan Li dan keluarganya telah membelanjakan sebanyak 100,000 yuan (RM61,000) untuk pengebumian Kang bersama perhiasan emas.

Pada 14 November, mereka sekeluarga menziarahi kubur tetapi peristiwa yang tidak disangkakan berlaku apabila makam tersebut diubah sementara mayat dan semua perhiasan emas juga turut hilang.

Disebabkan kejadian tersebut, mereka mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis dan siasatan telah mengatakan bahawa keluarga isterinya, Kang telah menggali kubur anak perempuannya itu untuk dijual dan dikahwinkan.

Menurut Daily Mail, keluarga Kang dan keluarga mayat lelaki tersebut telah mengadakan upacara pada 23 November dan mayat mereka berdua dikebumikan bersama-sama. Walau bagaimanapun, pihak polis telah menolak permintaan Li untuk menyiasat hal tersebut atas alasan yang tidak ditentukan.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia