Siakap Keli
Gambar via Hipwee

Anak Tak Kenang Budi, Didakwa Bunuh Ayah Tiri & Tikam Ibu Sendiri Gara-gara Disuruh Berhenti Main “Game”

AMERIKA – Seorang lelaki dilaporkan bertindak agresif membunuh bapa tiri dan menikam ibunya selepas mereka meminta dirinya untuk menutup permainan video. Difahamkan, tertuduh bertindak menumbuk wajah ibunya dan memukul ayah tirinya terlebih dahulu.

Keadaan itu menyebabkan ayah tirinya dipercayai bertindak mendapatkan sebilah pisau untuk melindungi isteri dan dirinya. Berlaku pergaduhan dan tertuduh dikatakan berjaya merampas pisau tersebut.

Menurut laporan dari Fox News, lelaki tersebut didakwa mempunyai beberapa pertuduhan membabitkan kejadian itu yang berlaku pada malam 11 Disember lalu. Dirinya telah didakwa atas serangan dengan niat untuk membunuh dan menghalang serta menentang seorang pagawai polis.

Walau bagaimanapun, kemungkinan pertuduhannya akan bertambah berikutan kecederaan yang dialami ayah tirinya sehingga menyebabkan kematian.

“Dia ditemui dalam keadaan berbaring dan berlumuran darah. Malah, darah juga ditemui hampir di seluruh tempat iaitu di dinding dan siling rumah.

“Tertuduh meludah ke arah pegawai dan bertindak menyerang seorang anggota bomba yang berusaha untuk memberikan pertolongan cemas,” kata polis.

Namun begitu, tertuduh telah ditahan di Penjara Oakland Country dan dikenakan jaminan sebanyak 377,000 euro (RM 2,035,760).

Sumber: Mirror UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia