Siakap Keli
Gambar Via People

Tak Tetapkan Kata Laluan, Budak 6 Tahun Belanja Lebih RM65,000 Duit Ibu Beli ‘Game Online’

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Connecticut dilapor telah membelanjakan lebih dari $ 16,000 (RM65, 024) wang ibunya untuk membeli permainan online.

Menerusi temu bual dengan Good Morning America, Jessica Johnson yang merupakan seorang broker hartanah mengatakan bahawa anaknya, George, dicaj sebanyak (RM 66, 215.16) dalam Apple App Store ketika bermain permainan Sonic Forces.

Akaun PayPal miliknya dipercayai dihubungkan dengan iPad, membolehkan anaknya mengakses pembelian dalam talian dengan mudah.

Jessica juga turut menasihatkan ibu bapa lain agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak ketika menggunakan telefon pintar.

“Sebagai ibu kepada anak-anak kecil, saya fikir penting bagi ibu bapa lain untuk menyedarinya,” katanya.

Tambahnya, telah beberapa kali jumlah caj yang sama iaitu $106.34 (RM432.17) muncul di penyata banknya.

Dia menghubungi pihak bank dan Apple Store, nasib menyebelahinya apabila Apple bersetuju untuk mengembalikan sebanyak $10,553.86 (RM42, 890.89).

Kata laluan di iPadnya juga mungkin ditetapkan untuk memasukkan kata laluan sekali sahaja yang membolehkan anaknya terus mengecas kad kreditnya.

“Saya tidak menyedari ada keadaan di mana kanak-kanak itu dapat terus membeli tanpa kata laluan setelah beberapa waktu,” katanya.

Disebabkan kejadian itu, dia telah membeli sebuah konsol permainan untuk anak-anaknya dan lebih penting telah menukar semua kata laluannya.

Sumber: People

Sofea

There's always another side to every story