Siakap Keli
Gambar via oscarukonu

Cantik Sangat, Lelaki Hasilkan Lukisan Menakjubkan Guna Pen Biasa, Sekali Pandang Macam Foto Dari Kamera

Siapa sangka lukisan yang dihasilkan oleh artis dari Nigeria, Oscar Ukonu sangat menarik pandangan para netizen khususnya para pencinta lukisan. Karya yang dihasilkan bukan sebarangan malah karya tersebut kelihatan ‘luar biasa’ kerana dihasilkan hanya menggunakan pen.

Bukan itu sahaja, beliau menggunakan kemahiran dan ketepatannya dalam menghasilkan karya lukisan sehingga kebanyakkan individu tidak dapat membezakan ianya gambar dari kamera atau bukan.

Menurut laporan, beliau mula berjinak dalam melukis seawal usia sembilan tahun tetapi dirinya menceburkan diri dalam dunia seni hiperrealistik ketika menyambung pelajaran dalam bidang seni bina. Sejak dari itu, beliau hanya menghasilkan potret dengan bergatung pada pen mata bola.

Gambar via Oscarukonu

Tambahan itu, Okonu menghabiskan masa antara 200 hingga 400 jam untuk menghasilkan sebuah lukisan. Malah, dirinya mengakui bahawa untuk menghasilkan karya yang bagus, ia memerlukan kesabaran dan memerlukan masa yang banyak. Hal ini sudah cukup menunjukkan sebuah lukisan bukan mudah untuk dihasilkan.

“Sebilangan besar idea yang ingin saya bekerjasama berkaitan dengan identiti Afrika, masalah sosio-politik dan gender dan cara mereka semua bersatu untuk membentuk identiti kita mengenai pengalaman Afrika,” kata artis itu.

Gambar via Oscarukonu

Sumber: Oddity Central

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia