Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Coklat Cadbury Berusia 120 Tahun, Dipercayai Tertua Di Dunia Dijumpai Dalam Keadaan Elok & Masih Boleh Dimakan

Perpustakaan Negara Australia dilaporkan telah menemui salah satu kotak coklat Cadbury tertua yang wujud lebih dari satu abad dengan keadaannya yang masih lagi elok.

Menurut Daily Mail, makanan manis itu ‘digali’ dari koleksi peribadi penyair terkenal Australia, Andrew Barton ‘Banjo’ Paterson, yang menulis ‘Waltzing Matilda’ dan ‘The Man from Snowy River’.

Bar itu dijumpai dalam tin coklat cenderamata yang diberikan kepada tentera oleh Ratu Victoria semasa Perang Boer.

Gambar Via Daily Mail

Hampir 120 tahun kemudian, coklat yang nampak seperti tidak disentuh itu mengejutkan makmal pemuliharaan perpustakaan yang menemui barang yang tidak dijangka tersembunyi alam koleksi buku harian, keratan akhbar dan puisi penyair.

Gambar Via Daily Mail

“Terdapat bau yang cukup menarik ketika bungkusan coklat itu dibuka,” kata konservator Perpustakaan Nasional Australia, Jennifer Todd.

Bar coklat tersebut masih tersimpan dalam bungkusan lama yang diperbuat daripada jerami dan foil perak.

Gambar Via Daily Mail

Tin coklat itu dipercayai sebagai hadiah saguhati daripada Ratu Victoria sebagai saguhati kepada pasukan Boer War semasa pertempuran mereka Afrika Selatan pada tahun 1900.

Ia juga dicatat dengan ucapan dari ratu itu ‘Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu, Victoria RI’.

Cadbury UK dipercayai mencipta coklat bersejarah untuk tentera Inggeris kerana Istana Buckingham membuat pesanan sebanyak 70, 000 hingga 80, 000 paun tin koko yang dibayar terus dari beg tangan Ratu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story