Siakap Keli
Gambar Via Nenie Suehoney

Akak Ni Kongsi Resepi “Homemade” Bubble Rice Choco Bar, Mudah & Boleh Buat Untuk Anak-anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut saja pasal coklat, ia sememangnya menjadi kesukaan bagi setiap lapisan umur.

Manakan tidak, coklat juga menjadi perisa makanan atau minuman yang pasti akan sentiasa habis dibeli oleh orang ramai.

Apatah lagi bagi kanak-kanak, mereka pasti akan melompat kegirangan bila dapat coklat.

Menerusi perkongsian Nenie Suehoney di Facebook, dia juga tidak ketinggalan melayan permintaan anaknya yang inginkan coklat.

Lebih menarik, Nenie membuat sendiri bar coklat buat anak-anaknya.

Ikuti resepi bubble rice choco bar yang dikongsikan olehnya di bawah ini.

Sesekali kita layankan anak-anak dengan homemade choc. Buat sendiri, bolehlah makan banyak sikit

Resipi ringkasnya

BUBBLE RICE CHOCO BAR

BAHAN BAHAN

  • 500 gm chocolate masakan (sue guna milk compound brand berry’s)
  • 25 ml Minyak masak (optional~tak letak pun takpe~letak minyak, choc cepat melt)
  • Bubble rice secukupnya
    ***boleh juga letak kismis/kekacang

PENYEDIAANNYA

01) Bakar (dalam oven) bubble rice pada suhu 120°c selama 10 min lebih kurang/sehingga rangup, ketepikan

02) Double boil chocolate masakan sehingga cair sepenuhnya, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati…

***Rujuk gambar

03) Masukkan sedikit choc ke dalam mould/cetak

04) Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan..

05 ) Tuang (2) ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan, hentak-hentak sedikit mould untuk ratakan…
****Pastikan choc suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau

06) Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Dah sejuk/beku…boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan 

****Sue letak minyak masak sikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras… Just nice macam kita beli kat kedai…

#bubblericechocobar

Sumber: Nenie Suehoney

Sofea

There's always another side to every story