Siakap Keli
Gambar: Tribun

(Video) 28 Tahun Membujang & Kerap Ditanya Bila Nak Berkahwin, Cikgu Tak Sangka Anak Murid Sendiri Datang Melamar

Zaman bujang seorang guru wanita di Kalimantan Timur, Indonesia berakhir apabila dia dilamar oleh anak muridnya sendiri.

Murianti, 29, tidak menyangka bahawa jodohnya ialah dengan bekas pelajarnya, Abdul Kodir, 19.

Pada awalnya mereka tidak akrab, hanya saling mengenali sebagai seorang guru dan murid dan tambahan pula, Murianti menjadi guru mata pelajaran sewaktu Kodir di tingkatan tiga.

Bagaimanapun hubungan mereka mula serius selepas ‘bertemu’ dan berurusan ketika membuat lawatan ke sebuah karnival.

“Saya ditugaskan untuk menjadi guru pengiring semasa membawa mereka ke karnival itu.

“Kebetulan, dia juga diminta pihak sekolah untuk membantu guru-guru yang lain dan ketika itu, dia memberi saya nombor telefonnya untuk berhubung dan berurusan,” katanya kepada pemberita, memetik laporan Tribun.

Meskipun lawatan ke karnival tersebut sudah berlalu, namun kedua-dua mereka masih saling berhubungan melalui talian.

“Awalnya saya masih berasa biasa sahaja dan menganggap seperti perbualan (chat) pada umumnya.

“Hingga ketika tamat kelulusan, kami makin rapat tapi belum boleh bercinta kerana masih bergelar guru dan murid ketika itu,” tambahnya.

Setelah tamat zaman persekolahannya, Abdul Kodir mula bekerja mencari pendapatan sendiri sebelum tekad untuk melamar gurunya itu.

“Setelah kelulusan SMA, dia mencari kerja. Akhirnya dia melamar saya dan saya terima. Akhirnya saya sedar, saya juga suka sama dia,” katanya.

Perbezaan umur yang ketara tidak menghalang mereka untuk mendirikan rumah tangga bersama dan akhirnya pada 10 Jun lalu, mereka berdua selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Murianti berkongsi kisah cinta mereka ini dalam bentuk video yang dimuat naik ke akaun TikToknya, Yanti.fla.

@yanti.fla

#NutriSariTiapHari #goodboy #fyp Muridku Suamiku, Semoga bisa menjadi pasangan yang SAMAWA

♬ Bapakku Dokter Cinta (Hal Biasa) – Gamma1

Sumber: Tribun, TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'