Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai yang melihat tugas guru sekadar mengajar di dalam kelas, namun hakikatnya tanggungjawab mereka jauh lebih besar daripada itu.
Setiap hari, guru perlu menyediakan bahan pengajaran, memastikan pelajar memahami setiap topik yang diajar, mengurus disiplin, menyemak tugasan serta memantau perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.
Tidak kurang juga, mereka sering menjadi tempat pelajar berkongsi masalah, mendapatkan nasihat dan mencari motivasi ketika berdepan cabaran.
Di sebalik jadual yang padat, guru sentiasa berusaha sehabis baik demi memastikan anak didik mereka mendapat ilmu dan pengalaman pembelajaran yang terbaik.
Kali ini, satu perkongsian oleh salah seorang pengguna Threads yang juga seorang guru, @lesyaahmad mencuri perhatian apabila aktiviti yang dilakukan di dalam kelas bersama anak muridnya berakhir dengan jawapan-jawapan yang mencuit hati.
Menurut perkongsiannya di Threads, dia pada waktu itu sebenarnya sedang bertugas sebagai guru ganti untuk kelas tersebut. Kemudian, dia telah memberikan satu tugasan untuk anak-anak muridnya.
"Pada tahun 2036, saya akan....", kongsinya menjelaskan tugasan yang diberi.
Namun, apa yang mencuit hati adalah rata-rata pelajar memberikan jawapan yang diluar jangkaan dan lain dari yang lain.








"Ye salah cikgu sebab cikgu cakap takde siapa boleh halang cita-cita awak. Tapi janganlah macam ni....sesak nafas cikgu," selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh kumpulan pelajar tersebut.
"Bukan main ramai laki dia nak yang sorang tu. Satu cukup la."
"Doktor gigi je yang normal..."
"Saya impress dengan pelajar kedua tu sebab tak semua budak absorb info umum macam tu sekarang."
"Ramai juga nak jadi hero ni..."
"Mantap woo nak beat Elon Musk."