Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berbuat baik tidak semestinya perlu melalui perkara besar. Kadang-kadang, cukup dengan memudahkan urusan orang lain dalam kehidupan seharian
Contohnya di jalan raya, kita boleh beri laluan, tidak potong barisan sesuka hati, dan sabar ketika kesesakan lalu lintas. Sikap kecil ini boleh membantu perjalanan menjadi lebih lancar dan kurang stres.
Selain itu, apabila berlaku kecemasan seperti kemalangan, kita boleh bantu dengan tidak menghalang laluan dan memberi ruang kepada kenderaan kecemasan. Walaupun nampak remeh, perbuatan ini sangat membantu orang lain yang mungkin dalam situasi lebih mendesak.
Bercakap mengenainya, kiriman dari salah seorang pengguna di Threads, @kijang,perkasa telah mencuri perhatian apabila dia memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki yang sedang mengawal keadaan trafik.
Menurut maklumat dari beberapa orang awam di Threads, lelaki tersebut dikatakan menjaga lalu lintas disebabkan oleh kegagalan lampu isyarat dalam kejadian di Cyberjaya.

Akibat dari kerosakan tersebut, keadaan lalu lintas tidak dapat dikawal di keempat-empat laluan.
Memburukkan lagi keadaan, hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Namun, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu berdiri seorang diri bagi mengawal lalu lintas walaupun dibasahi hujan.
"Lepastu aku lalu balik tadi ada sorang lelaki ni tengah kawal trafik kat situ sambil pegang payung," kongsinya.

Hasil dari sifat murninya, keaadan lalu lintas kembali berada dalam keadaan yang terkawal selepas itu.
Sifat yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut telah menuai pelbagai reaksi dari orang ramai. Rata-rata ada yang berkongsi gambar atau video yang menunjukkan kegigihan lelaki tersebut untuk mengawal lalu lintas.
"Not all heroes wear capes. Terima kasih kerana memudahkan urusan orang ramai hari ni," tulis seorang pengguna.
"Terima kasih sukarelawan jaga trafik guna batang besi. Dah macam cikgu disiplin," ujar seorang lagi.
"Sanggup berhujan tanpa apa-apa perindungan kepala demi jaga lalu lintas. Terima kasih orang baik," kata seorang lagi pengguna.
