Siakap Keli
Gambar via @Annaarmnn

(Video) 7 Sahabat Susah Senang Sama-sama, Akhirnya ‘Berpisah’ Jua Bila Ada Yang Kahwin, Bikin Netizen Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pepatah ada menyebut, “berkasih biar satu, berkawan biar beribu”. Dalam kehidupan kita mesti mempunyai kawan yang ramai tetapi sahabat amatlah susah untuk dicari apatah lagi untuk dimilki.

Sahabat merupakan individu atau insan yang sanggup menemani perjuangan dalam kehidupan tidak kira susah mahupun senang. Kenangan bersama sahabat adalah kenangan terindah yang tertulis di setiap diari kehidupan kita.

Tetapi, pernahkah kita merasai detik-detik perpisahan bersama sahabat kita? Pengguna akaun TikTok, @Annaarmnn telah berkongsi rakaman video yang menunjukkan detik-detik perpisahan bersama sahabatnya yang juga dikenali sebagai ‘adik bongsu’.

@annaarmnn

Semoga persahabatan kita kekal hingga jannah 🥰 #fypシ #fyp #foryou #vn #fypdongggggggg

♬ original sound – MITTY ZASIA – MITTY ZASIA

Kejadian yang menyentuh hati apabila pengantin perempuan, Syafizah menitis air mata saat mendengar salah seorang daripada enam sahabatnya mewakilkan diri untuk memberi ucapan buat kali terakhir. Berikutan itu, tangisan air mata tujuh sahabat sudah cukup untuk membuktikan hubungan persahabatan mereka yang terjalin selama ini.

Bagaimanpun, rakaman video berkenaan telah meraih lebih 230 ribu tontonan dan juga lebih 32 ribu tanda suka bahkan rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk memberi komen. Malah, terdapat segelintir netizen yang turut berkongsi pengalaman sedih berpisah dengan sahabat mereka.

Sumber: Annaarmnn (tiktok)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia