Siakap Keli

(Video) “Jangan Khuatir, Jodoh Itu Sudah Diatur Allah”, Nasihat Oki Buat Yang Masih Bujang, Gunakan Masa “Single” Tambah Ilmu Sebelum Berkahwin

Pejam celik pejam celik, secara tidak sedar tahun 2020 sudah pun hampir sampai ke pengujungnya.

COVID-19 sudah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah, kes positif turun naik turun pun sudah, tinggal kahwin je belum lagi.

Pada mereka yang ada rezeki bernikah pada tahun ini, tahniah diucapkan. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya. Amin.

Namun pada yang masih ‘single’, belum ditakdirkan berjumpa pasangan, bawalah bersabar. Ada hikmahnya tu.

Sebagai usaha kita mencari ‘tulang rusuk’, apa kata kita cuba luangkan masa sebentar mendengar nasihat dan tips yang dikongsikan oleh selebriti Islamik Indonesia, Oki Setiana Dewi ini.

Mudah-mudahan ‘terubat’ juga keinginan untuk memiliki jodoh serta terbuka ilham untuk mencarinya. Jom tonton video ini.

@riaricisterserah

cara mendapatkan jodoh ustadzah #okisetianadewi

♬ original sound – Moodnya Ricis – Moodnya Ricis

Sumber: TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'