Siakap Keli

(Video) Kuyup Bermandi Najis, Petugas Veterinar Berjaya ‘Selamatkan’ Gajah Sembelit

Sekumpulan petugas veterinar terpaksa berbasah kuyup dengan ‘semburan’ najis selepas menyelamatkan seekor gajah yang sembelit.

Gajah tersebut yang diberi nama Lana dilaporkan mengalami sembelit, sudah lama tidak dapat membuang najis ekoran saluran najisnya tersumbat.

Bertindak atas tanggungjawab, pasukan veterinar dari taman gajah tersebut yang diketuai Dr. Tom tampil menjalankan tugasan mereka.

Difahamkan, Lana terpaksa diberi enema, iaitu sejenis cecair yang disuntik ke usus melalui saluran dubur untuk mencernakan najis yang keras, tersumbat serta tersekat.

Usaha mereka berhasil, Lana kemudiannya berjaya melepaskan seketul najis bersaiz besar yang tersumbat sekian lama, dalam masa sama najis itu turut ditarik keluar oleh petugas veterinar tersebut.

Mereka pada awalnya memakai sut baju hujan (ponco) sebagaiĀ  perlindungan diri, namun tidak ‘berfungsi’ apabila semburan najis Lana menyimbah kuat ke atas tubuh mereka.

Rakaman video memaparkan najis beserta cecair yang kotor berjaya dikeluarkan dengan begitu banyak, membasahi mereka yang bertugas di situ.

Derita sembeli Lana akhirnya sudah berakhir.

Video tersebut tular sehingga menjadi perhatian warganet di media sosial, difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira dua bulan yang lalu.

Sumber: Daily Mail, Samui Elephant Sanctuary

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'