Siakap Keli
Gambar via BBC.Com

‘Neverland Ranch’ Milik Michael Jackson Dilaporkan Telah Dibeli Oleh Seorang Jutawan Dengan Harga RM89 Juta

Hartanah milik Michael Jackson iaitu Neverland Ranch di Los Olivos, California kini dilaporkan telah dibeli dengan harga $ 22 juta (RM 89 juta) oleh Ron Burkle yang merupakan bekas rakan Jackson.

Menurut laporan, Ron Burkle telah membeli hartanah berkenaan yang dianggarkan seluas 2,700 ekar. Harga berkenaan dikatakan terlalu rendah berbanding dengan harga yang diiklankan $ 100 juta (RM407 juta) pada tahun 2015.

Difahamkan, Jackson membeli hartanah berkenaan dengan harga $ 19.5 juta (RM79.1 juta) pada tahun 1987. Raja Pop tersebut telah membangunkan tanah berkenaan menjadi kompleks hiburan, beberapa kandang dan taman tema yang bertujuan untuk menghiburkan kanak-kanak dan keluarga.

Namun begitu, pada tahun 1990-an dan 2000-an, Neverland menjadi pusat penyiasatan terhadap tuduhan serangan seksual kanak-kanak di mana penyanyi tersebut dituduh mencabul. Walau begitu, Jackson telah dibebaskan daripada pertuduhan pada tahun 2005.

Menurut BBC.Com, Jackson dilaporkan meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung yang disebabkan oleh pengambilan dadah berlebihan. Walau bagaimanapun, Neverland telah dibangunkan semula dan dijenamakan semula sebagai Sycamore Valley Ranch.

Sumber: BBC.Com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia