Si kucing oren sering dikaitkan dengan gelagat mereka yang nakal. Baru-baru ini, sebuah video di Twitter membuatkan orang ramai terhibur melihat aksi si Oyen yang telah membuatkan si Itam ‘bertelanjang bulat’.
Dalam video dikongsikan Nature & Animals, kelihatan seekor kucing hitam berbaju merah cuba melompat dari atas sebuah rak. Sebelum ia melonjakkan kakinya, tiba-tiba muncul pula si Oyen yang menarik hujung pakaian kucing tersebut, mengakibatkan pakaian itu tertanggal dari badan si Itam.
Hasilnya, tinggallah si Itam yang bagaikan terpinga-pinga mendarat tanpa pakaian. Lompatannya juga dianggap tidak berjaya kerana gangguan daripada Si Oyen.
Jom tonton video mereka di bawah.
I can't stop laughing 🤣🤣 pic.twitter.com/mUZkCPTK5g
— Nature & Animals🌴 (@AnimalsWorId) December 29, 2020
Sumber: Nature & Animals