Lelaki Indonesia Akui Cemburu ‘Hal-Hal’ Ini Di Malaysia
Sebagai rakyat Malaysia, adakalanya kita terlupa betapa bertuahnya hidup di sebuah negara yang aman, harmoni dan kaya dengan keindahan.
Bahkan, Malaysia bukan sahaja menawarkan pemandangan memukau, tetapi juga pelbagai kemudahan yang dapat dinikmati bersama oleh seluruh rakyat.
Di mata dunia, Malaysia sering dilihat sebagai sebuah negara yang bukan sekadar indah, aman, teratur, selesa malah prihatin terhadap kesejahteraan rakyatnya.
Segala aspek kehidupan dirancang dengan rapi demi memastikan kualiti hidup yang baik untuk semua.
Justeru, tidak hairan apabila ramai pelancong asing jatuh cinta dengan keistimewaan yang terdapat di Malaysia.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pemuda Indonesia yang kini sudah 9 tahun menetap di Malaysia.
“Kenapa di Malaysia boleh, sedangkan kita belum..”
Gambar: TikTok@junforsureMenurutnya, dia sedar bahawa terdapat perkara-perkara kecil di Malaysia yang memberi kesan besar kepada kehidupan rakyatnya dan tidak di negaranya.
“Selepas 9 tahun aku menetap di Malaysia, aku baru tersedar tentang perkara-perkara kecil ini,” katanya.
Sistem Yang Telus & Teratur
Malaysia mempunyai dan menggunakan sistem yang telus dan teratur. Disebabkan itu, hampir tiada ‘tukang parkir’ di mana-mana tempat.
“Bayangkan, perkara kecil seperti urusan parkir pun diurus dengan rapi. Sedangkan di Indonesia, urusan parkir sering kali dicemari dengan emosi dan tidak teratur.
“Bukan itu sahaja. Di Malaysia, tiada isu pungutan liar (ulat parkir) kerana sistemnya jelas dan telus. Semua bayaran dilakukan melalui mesin atau sistem digital,” katanya lagi.
Pendidikan
Gambar: TikTok@junforsureSelain itu, pemuda itu mengakui sistem pendidikan di Malaysia antara aspek yang diambil berat oleh kerajaan.
Ini kerana, pendidikan dianggap satu pelaburan untuk masa depan.
“Universiti awam menerima subsidi daripada kerajaan, menjadikan yuran pengajian tidak membebankan terhadap pelajar yang datang daripada latar belakang biasa.
“Menariknya, Malaysia mempunyai sistem PTPTN, di mana pelajar boleh memohon pinjaman daripada kerajaan untuk meneruskan pengajian. Bukan itu sahaja, pembayaran balik boleh dibuat secara ansuran setiap bulan
“Sedangkan di Indonesia, jika tiada wang, kita mungkin langsung tidak dapat melanjutkan pengajian,” kongsinya lagi.
Perubatan/Kesihatan
Gambar: TikTok@junforsureDi Malaysia, rakyatnya begitu begitu bertuah kerana bayaran perkhidmatan untuk warganegara hanya serendah RM1 di hospital atau klinik kerajaan.
“Perkara yang lebih luar biasa lagi adalah mengenai kesihatanDengan hanya RM1, kamu sudah boleh mendapatkan rawatan di klinik kerajaan kerana sebahagian besar kos ditanggung oleh negara,” katanya lagi.
Budaya Beratur
Selain itu, dia juga kagum dengan budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia yang mana masyarakatnya sentiasa beratur dan menunggu giliran.
Baginya, tinggal di negara berbilang kaum ini banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara positif dan ia perlu dicontohi oleh masyarakat Indonesia.
Sumber: TikTok @junforsure