Siakap Keli
motosikal hanyut
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

(Video) Detik-Detik Motosikal ‘Ditelan’ Arus Banjir, Cuba Diselamatkan Dua Individu Namun Gagal

Seorang penunggang terpaksa melepaskan motosikalnya selepas ia hanyut dipercayai ketika cuba melintas jalan yang dipenuhi air.

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Maran, Pahang itu, dua individu dipercayai cuba melintasi Sempadan Jengka 15-Jengka 16 sebelum arus kuat menghanyutkan motosikal mereka.

Berdasarkan video tular, kelihatan kedua-duanya bergelut untuk menarik motosikal berkenaan, namun tidak mampu melawan arus tersebut.

Akibatnya, motosikal itu terlepas dari pegangan dan hilang dibawa arus. Kelihatan salah seorang daripada mangsa juga nyaris terjatuh ketika mengharungi banjir tersebut.

Dalam kejadian yang lain, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya hanyut dibawa arus di Kluang, Johor semalam.

Sudah bagi tahu air laju, ko redah jugak..🤦‍♀️Lokasi : Sempadan Jengka15 ↔️ Jengka16,Maran Pahang#pray4jengka#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, January 2, 2021

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.