Siakap Keli

“Saya Akan Pulang Ke Alam Saya” Remaja Ini Cuba Tanam Diri Sendiri Kerana Merasakan Sudah Meninggal Dunia

Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia nekad berusaha menguburkan diri sendiri hidup-hidup di sebuah kompleks tempat pengebumian umum. Video aksi penyelamatan pemuda yang setengah badannya sudah di liang lahad di tempat pengebumian Debong Kidul oleh pegawai dan penduduk itu viral di media sosial. Ketua di kawasan tersebut iaitu Sertu Dasrim mengungkapkan, pemuda bernama Wawan (23) itu didakwa mengalami gangguan mental.

Wawan merupakan penduduk Desa Kepandean, Kecamatan Dukuhturi, Kabupaten Tegal. Kejadian Wawan cuba mengambus diri sendiri itu berlakuĀ  pada Rabu (30/12/2020) lebih kurang jam 8.00 waktu Indonesia. “Keadaan badan Wawan ketika itu sudah tertimbus ke dalam tanah lebih kurang 70 cm, hanya kepala dan setengah badan kelihata dengan posisi wajah tertimbus ke dalam tanah,” kata Sertu Dasrim kepada wartawan, isnin (4/1/2021). Sertu Darsim adalah petugas yang paling awal datang ke lokasi setelah menerima laporan daripada penduduk. Kerana lokasi kawasan pengebumian tersebut bersebelahan dengan sebuah pasar sehingga kejadian itu segera diketahui orang ramai.

Darsim menjelaskan, dalam keadaan separuh tertimbus, Wawan masih boleh diajak berkomunikasi. “Saya mendekatinya ternyata beliau masih boleh berkomunikasi. Saya memberi salam dan dia menjawab. Saya tanya namanya juga dijawab,” ujar Darsim. Menurut Darsim, pemuda itu menggali tanah dengan menggunakan tangan kerana tidak menemukan alat apa pun di sekitar lokasi. Setelah berhasil dipujuk, Wawan akhirnya dipindahkan dan dimandikan. Oleh petugas Balai Polis Tegal Selatan, Wawan selanjutnya dihantar ke rumah orang tuanya di Desa Kepandean.

Sementara itu, ketika beliau ditanya oleh penduduk, dia mengaku nekad melakukan hal tersebut kerana merasa dirinya telah meninggal. “Aku pan balik maring alame aku (Saya akan pulang ke alam saya),” ujar Wawan.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa