Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pasangan Ini Terkejut, Ular Besar Tiba-Tiba ‘Jenguk’ Melalui Tingkap Ketika Kenderaan Bergerak, Mujur Tak ‘Cuak’

Sepasang kekasih terkejut selepas kereta yang dinaiki mereka ‘ditumpang’ oleh seekor ular, lapor Daily Mail.

Rachel Pace dan teman lelakinya Kyle Vella difahamkan sedang bersiar-siar di Stroud, pantai utara New Wales pada minggu lalu ketika mereka secara tidak sengajanya telah menumpangkan penumpang yang tidak diundang itu.

Pace yang berada di tempat duduk penumpang pada ketika itu terus merakamkan ular tersebut sambil ketakutan selepas ternampak kelibat ular itu.

Ular itu tampak seakan buntu kerana tidak tahu untuk bergerak ke mana.

Video rakaman tersebut berakhir dengan ular itu masih enggan beralih ketika Vella cuba menggegarkan pintunya untuk menghalaunya.

Rakaman tersebut sejak dari itu telah menjadi tular di internet.

“Bukan selalu anda memandu dan ular secara tiba-tiba muncul,” tulis Pace melalui kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut.

Dia kemudiannya mengemas kini perkongsian tersebut dengan menyatakan bahawa mereka akhirnya berhenti dan dengan bantuan jiran mereka, ular tersebut akhirnya berjaya disingkirkan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right