Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Demi Sekeping Gambar, Wanita Dirakam Sanggup Bergayut Di Balkoni Tingkat 11 Untuk ”Berselfie“

Polis berang dengan tindakan seorang wanita yang sanggup bergayut di balkoni bagunan tinggi hanya sekadar untuk mendapatkan sekeping gambar. Video yang dikongsikan oleh saluran berita Australia, 9News menunjukkan wanita itu bergayut di pagar balkoni di tingkat 11 Seaside Resort di Mooloolaba di Queensland.

Menurut laporan, seorang rakan wanita dilihat berdiri di atas kerusi untuk mengambil gambar wanita berkenaan yang cuba melepaskan salah satu tangannya.

Seorang lelaki yang mengambil gambar dari sebuah bangunan berdekatan, kedengaran berkata: “Bukankah itu tindakan yang bodoh?”

“Gambar seterusnya kemungkinan dirinya berada di tanah.

“Saya hanya fikir sekiranya wanita itu terlepas tangan, wanita itu akan maut,” katanya lagi.

Selain itu, Superintendan Sunshine Coast Craig Hawkins memaklumkan kepada wartawan bahawa wanita itu bergayut di balkoni manakala rakannya mengambil gambar boleh menghadapi tuduhan atas tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Mereka membahayakan nyawa mereka sendiri semata-mata sekeping gambar.

“Bagi saya, saya tidak memahami mengapa golongan sebegitu sanggup membahayakan nyawa mereka untuk perkara yang remeh seperti itu. Ini adalah orang yang boleh dan harus dihadapkan ke makhamah,” katanya.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia