Siakap Keli
Gambar: auto.parts.laboratory

(Video) Bukan Hanya Untuk Tengok Sisi Belakang, Ini 5 Lagi Fungsi ‘Side Mirror’ Yang Mungkin Ramai Tak Sedar

Umum telah mengetahui bahawa cermin sisi atau pun side mirror adalah salah satu komponen yang penting pada sesebuah kenderaan.

Dengan ketiadaan cermin sisi, ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan serta boleh juga menyusahkan kita dalam pelbagai aspek.

Justeru daripada itu, mengapakah cermin sisi ini boleh jadi antara komponen yang penting pada sesebuah kenderaan.

Sebuah akaun TikTok bernama auto.parts.laboratory ada berkongsikan tentang 5 fungsi side mirror yang pasti ada diantara kita tidak tahu.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun TikTok tersebut, untuk mendapatkan padanan yang tepat semasa membetulkan cermin sisi kenderaan anda, pastikan ianya berada pada gagang tempat untuk membuka pintu anda bagi mendapatkan penglihatan yang terbaik.

Yang kedua pula, cermin sisi kenderaan juga boleh digunakan untuk memastikan sisi depan kenderaan anda tidak terlanggar dengan penghadang jalan.

Seterusnya pula, cermin sisi anda boleh digunakan untuk parkir kereta anda secara reverse dengan memastikan bucu kotak parkir berada pada bucu cermin sisi anda dan seterusnya pusing stereng anda ke arah yang betul dan masuk ke dalam kotak parkir dengan sempurna.

Yang keempat pula, apabila bahagian hadapan kenderaan anda meninggalkan kotak parkir, cermin sisi anda boleh digunakan untuk mengukur jarak supaya kenderaan anda tidak bergesel dengan kenderaan yang sedang terparkir di sebelahan.

Dan yang kelima pula, apabila anda membahagikan cermin sisi anda kepada dua bahagian, ianya boleh menyenangkan anda untuk mengetahui sama ada selamat atau tidak untuk menukar lorong apabila terdapat kenderaan pada bahagian belakang anda.

@auto.parts.laboratory

5 functions of the rearview mirror #ProjectCar #4u #carguy

♬ Ermahgerd – Clutch

Walau bagaimanapun, ianya mungkin berbeza bagi pelbagai jenis kenderaan yang terdapat di atas jalan raya. Perkara ini kerana setiap kereta mempunyai perbezaan fizikal sama ada lebih tinggi atau lebih besar.

Sumber: auto.parts.laboratory

Aqmal Ezany

I write what is right