Siakap Keli

(Video) Si Oyen ‘Terciduk’, Jatuh Tersembam Dalam Semak Setelah Gagal Tangkap Burung

Siapa sahaja yang tak kenal dengan perangai si bulus ‘Oyen’ yang suka buat hal ini.

Perangai nakal mereka itu pastinya akan memberikan suatu bentuk hiburan kepada kita.

Seperti yang terjadi dalam satu video ini, seekor kucing berwarna oren dengan bulu yang agak tebal telah bertindak untuk menangkap seekor burung kakak tua.

Video tersebut memaparkan tindakan ‘si oyen’ yang melompat tinggi untuk menerkam seekor burung kakak tua yang sedang duduk di sebuah tangga.

Ketika ‘si oyen’ berkeputusan untuk melompat dan menerkam, dia terlupa bahawa burung itu boleh terbang.

Ketika hendak sampai ke arah burung tersebut, burung itu terbang untuk menyelamatkan diri.

‘Si oyen’ yang baru sahaja menyedari akan kebolehan burung tersebut, terkesima namun semuanya sudah terlambat.

Kucing oren tersebut kemudiannya telah terjatuh ke bawah manakala burung itu selamat daripada terkaman itu. Lebih ‘memalukan’ kucing itu dilihat tersangkut di kayu tersebut sebelum jatuh tersembam dalam semak.

Sumber: ทีเด็ดTikTok

Aqmal Ezany

I write what is right