Siakap Keli
Gambar: Air Selangor

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di 121 Kawasan Di Wilayah KL, Petaling Dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Satu insiden paip pecah dikesan berlaku di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras, lapor Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor menerusi satu kenyataan berkata, kejadian tersebut disebabkan kerja-kerja pemasangan paip pembetungan yang dijalankan pihak ketiga pada 2 Jan baru-baru ini.

“Ekoran kejadian ini, kami perlu melaksanakan kerja-kerja kecemasan membaiki paip pecah berkenaan untuk memastikannya berfungsi dengan baik kembali.

“Air Selangor perlu melakukan kerja kecemasan untuk memperbaiki paip yang pecah dan untuk memastikan kerja-kerja berjalan lancar, bekalan air di kawasan yang terjejas akan ditangguhkan mulai jam 1:00 tengah hari, 8 Januari 2021,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan, gangguan bekalan air tersebut akan menjejaskan 121 kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat.

“Kerja pemulihan dijangka akan selesai pada pukul 3 pagi esok (9 Januari) dan bekalan air akan kembali disalurkan kepada pihak pengguna setelah semuanya selesai.

“Masa pemulihan bekalan air pula dijangka akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain, bergantung pada lokasi dan jarak tempat pengguna.

“Pengguna disarankan untuk menyimpan air secukupnya sebelum bekalan air ditangguhkan, serta menggunakan air dengan cermat selama tempoh gangguan bekala air tersebut,” tambah kenyataan itu lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www. airselangor.com, selain boleh merujuk pada aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau di talian 15300.

Senarai 121 kawasan terjejas adalah seperti berikut:

 

Sumber: Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'