Siakap Keli
Gambar Via Axios

Presiden AS, Donald Trump Disekat Dari Gunakan Facebook

Sekatan Facebook pada akaun Donald Trump akan berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga dua minggu lagi, lapor CNN.

Ia disahkan oleh Mark Zuckerberg dalam satu kenyataan di Facebook miliknya sebentar tadi.

“Kami percaya risiko membiarkan Presiden Trump terus menggunakan perkhidmatan kami dalam tempoh ini terlalu besar.

“Oleh itu, kami memperluas sekatan yang dikenakan pada Facebook dan Instagram miliknya dalam tempoh yang tidak tentu atau sekurang-kurangnya dua minggu sehingga peralihan kuasa secara damai selesai,” katanya.

Facebook akan menyekat akaun Donald Trump sekurang-kurangnya sehingga beliau melepaskan jawatannya.

Pada Rabu, Facebook dan Twitter mengambil langkah luar biasa  untuk ‘mengunci’ akaun Donald Trump buat sementara waktu di platform mereka setelah penyokongnya menyerbu bangunan Capitol untuk memprotes pilihan raya.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story