Siakap Keli

Rambutan Dihurung Semut Bukan Hanya Buahnya Manis, Tapi Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu

Terdapat mitos bahawa rambutan akan lebih manis jika terdapat banyaknya semut mengerumuninya. Segelintir orang menganggap banyaknya semut itu tertarik kerana ia tertarik dengan rasa manis daging rambutan. Namun, hal tersebut kurang tepat. Pusat Kajian Hortikulture Tropika Institut Pertanian Bogor, Indonesia (IPB) Prof. Dr. Sobir menjelaskan sebab kenapa rambutan banyak semut.

Semut tertarik kutu putih rambutan

“Sebenarnya adanya semut itu kerana terdapat daya ketertarikan dengan kutu putih,” jelas Prof. Dr. Sobir melalui Kompas.com. Ia menjelaskan bahawa ‘rambut’ pada rambutan adalah tempat yang sesuai untuk kutu yang di bawa oleh semut untuk menyerap larutan manisnya.

Kutu putih ini merupakan haiwan yang menghisap cairan dari buah dan daun tanaman yang masih muda.   Cecair yang dihisap oleh kutu putih cukup banyak termasuk karbohidrat dan gula. Namun, yang paling diperlukan adalah protein. Setelah menghisap cairan pada tanaman, kutu putih akan mengeluarkan zat yang tidak diperlukan oleh tubuhnya, salah satunya adalah gula.

Hal tersebut yang membuat semut tersebut tertarik mengerumungi rambutan yang terdapat pada kutu putihnya. Kutu putih tidak boleh bergerak bebas sehingga pergerakannya perlu dibantu oleh semut. “Selain itu, jika rambutan banyak terdapat kutu putih maka rambutan tersebut akan berwarna kehitam-hitaman,” jelas Prof. Dr. Sobir.

Rambutan manis belum tentu banyak semut

Prof. Dr. Sobir mematahkan mitos mengenai rambutan yang manis adalah apabila terdapatnya banyak semut. Hal ini kerana, cecair dalam isi buah rambutan tidak akan dihisap kutu putih atau bahan boleh menembusi kulitnya. Sehingga banyaknya semut pada rambutan bukanlah alat ukur untuk menilai rambutan tersebut manis atau tidak.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa