Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seperti yang diketahui, kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini sudah boleh mengeluarkan wang dari i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Masing-masing pasti mempunyai perancangan yang tersendiri untuk membelanjakan wang tersebut.
Namun, berbeza pula dengan adik-beradik ini yang mendahulukan ibu mereka dalam membelanjakan wang tersebut.
Menerusi siri video dimuatnaik oleh Norsilawati Mohamad di TikTok, dia dan adik beradiknya yang lain berpakat membuat surprise untuk ibu mereka.
Dengan menggunakan duit i-Sinar, mereka membeli seutas gelang emas sebagai hadiah kepada ibu mereka.
Momen ketika ibunya terkejut melihat gelang itu sambil menangis terharu menarik perhatian ramai.
Menurut Norsilawati, surprise itu adalah sebagai tanda penghargaan buat ibu mereka yang sentiasa memberi semangat buat mereka yang bekerja sejak dahulu lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan video tersebut dan memuji Nosilawati dan adik-beradiknya yang lain kerana mendahulukan ibu mereka.



Sumber: TikTok Norsilawati Mohamad