Siakap Keli
Gambar Via Eric Lafforgue Photography

Jadi Idaman Wanita, Keunikkan Suku Bodi Di Ethiopia Anggap Lelaki Buncit Sebagai Menawan

Bagi yang masih tidak tahu, lelaki buncit sebenarnya menjadi idaman dan sangat menawan bagi suku Bodi di sebuah kampung terpencil di Ethiopia Selatan.

Malah, mereka juga bersaing dalam pertandingan kecantikan tahunan yang dipanggil sebagai Upacara Kael dengan tubuh yang paling dikehendaki adalah yang bersaiz besar.

Menurut Daily Mail, setiap keluarga bagi suku itu diizinkan untuk mengetengahkan seorang lelaki yang belum berkahwin untuk bersaing dalam pertandingan itu.

Selama berabad-abad, Lembah Omo Ethiopia telah menjadi persimpangan jalan bagi banyak suku yang berbeza.

Gambar Via Eric Lafforgue Photography

Menerusi perjalanan yang dilakukan oleh Joey L di perkampungan suku itu yang dicatat di dalam blog miliknya, menjadi besar di sini memerlukan disiplin.

Mereka mengatakan bahawa biasanya bukan yang terkaya akan menang namun yang paling berdedikasi secara mental, mereka mesti mengikuti diet yang ketat.

Menyertai pertandingan tersebut adalah cara untuk menarik calon isteri, lelaki di situ percaya bahawa semakin buncit mereka, semakin banyak wanita yang menginginkan mereka.

Gambar Via Eric Lafforgue Photography

Setelah lelaki paling buncit dipilih, pertandingan berakhir dengan penyembelihan seekor lembu menggunakan batu suci yang besar.

Selepas pertandingan itu, kehidupan lelaki kembali normal dan kebanyakan dari mereka ‘kehilangan’ perut setelah beberapa minggu makan dengan berhati-hati.

“Menjadi lelaki yang buncit adalah impian bagi setiap anak Bodi, beberapa minggu selepas upacara, mereka akan kembali normal namun tetap menjadi pahlawan seumur hidup,” kata seorang jurugambar Perancis, Eric Lafforgue.

Sumber: Joey L, Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story