Siakap Keli

(Video) “Saya Tak Menyesalinya”, Kisah Shaykh Saad Al-Ghamidi Tolak Jawatan Imam Masjidil Haram Demi Nak Berbakti Pada Ibu Bapa

Tiada apa yang lebih bermakna selain berbakti kepada kedua ibu bapa dengan penuh kebaikan dan kasih sayang.

Termasuk bila perlu berkorban dan menolak peluang keemasan yang datang.

Sama seperti yang dilakukan oleh Shaykh Saad Al-Ghamidi ini yang sanggup menolak jawatan imam di Mekah sebanyak dua kali bagi menjaga ibu bapanya dan tetap berada di sisi mereka.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh IlmFeed di Youtube, Shaykh Saad yang dikenali dengan lantunan suara yang merdu ketika membaca Al-Quran dengan rendah dirinya mengatakan bahawa ada orang lain yang lebih layak dari dirinya.

“Ada orang yang mencadangkan saya untuk menjadi  imam di Masjidil Al-Haram.

“Sebab saya menolaknya adalah kerana saya tidak layak untuk mendapatkan posisi itu.

“Tidak cuma itu, ibu bapa saya juga meminta agar saya kekal berada di sisi mereka, jadi saya menolak jawatan itu dan terus tinggal bersama mereka,” katanya.

Beliau juga mengatakan bahawa tiada sebarang penyesalan di atas keputusan yang dilakukan olehnya.

Shaykh Saad merupakan seorang imam dan hafiz Al-Quran yang dilahirkan di Dammam, Arab Saudi.

Beliau berjaya menghafaz seluruh kitab Al-Quran ketika berusia 22 tahun dan sangat terkenal dengan bacaan tajwid yang terbaik.

Sumber: IlmFeed

Sofea

There's always another side to every story