Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

TERKINI: Pergerakan Rentas Negeri Seluruh Negara Tidak Dibenarkan – PM

Putrajaya, 11 Jan – Susulan peningkatan COVID-19 kepada angka empat digit, kerajaan memutuskan untuk melarang aktiviti rentas negeri di seluruh negara. Malah, pergerakan rentas daerah juga adalah dilarang sama sekali bagi negeri yang dikenakan PKP yang bermula 13 Januari sehingga 26 Januari akan datang.

“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.”

Susulan itu, sekatan jalan raya (SJR) akan dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam, Rabu ini.

“Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, hanya dua (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama untuk keluar membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan,

Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000, katanya.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.