Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui Pengumuman Khas Darurat hari ini memaklumkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sepanjang darurat berkuatkuasa.
“Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa, Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan,” katanya.
Menurutnya, rakyat tidak mahu pilihan raya diadakan buat masa ini untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak seperti yang berlaku selepas pilihan raya negeri Sabah.
Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh YDPA.
Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021)
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, January 11, 2021
Sumber: RTM