Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Wanita Cerita 'Ditegur' Pak Cik Semasa Ziarah Kubur Abah
Pernah tak dengar orang cakap, bila kita dah kehilangan insan tersayang, kubur bukan lagi tempat yang menakutkan?
Yang dulunya digambarkan sebagai sunyi, seram dan menyeramkan, tiba-tiba jadi tempat biasa. Malah, tempat paling dirindukan.
Mungkin sebab di situlah tempat tinggal insan yang kita sayang. Tak ada lagi rasa takut, cuma rindu yang tak pernah habis.
Tapi, satu perkongsian tular di Threads baru-baru ini buat ramai netizen 'tersentak' dengan ending yang memang unexpected.
Seorang wanita berkongsi pengalaman ketika dia mahu datang menziarahi kubur arwah abahnya sendirian.
Ketika sedang berjalan ke kawasan kubur, seorang pak cik menegurnya.
Tadi nak ziarah kubur abah. Ada pak cik tegur...
Him: Berani kamu datang sorang. Sunyi kat atas tu.
Me: Nak takut apa pak cik? Tu ramai dalam kubur teman saya. Esok-esok, saya pun baring sorang dalam tanah tu juga.
Mungkin seperti kebanyakan orang, ramai yang menyangka pak cik ini mahu memberi 'peringatan' buat wanita ini. Tetapi, siapa sangka lain pula 'amaran' yang keluar dari mulut pak cik ini.
Pak cik: Idak, bukan. Ni pak cik nak bagitahu kat sini ada ular. Baru-baru ni pak cik nampak. Tu atas pokok tu pun ada. Belum ada sejarah lagi kat sini orang mati kat kubur. Jangan kamu jadi orang pertama. Takpe, pak cik tunggu sini. Kamu pergilah naik atas.
Mendengar amaran itu, wanita tersebut mengakui akhirnya terpaksa 'undur diri'. Mungkin seperti kebanyakan orang, dia juga berasa takut dengan haiwan berbisa itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengaku terkejut dengan plot twist cerita tersebut. Tak kurang juga, ada netizen yang berkongsi pengalaman hampir serupa.
"Ingatkan pak cik nak cakap pak cik nampak entiti…"
"Saya pun selalu pergi kubur mak sorang-sorang. Tak takut orang mati, tapi takut orang hidup. Zaman sekarang macam-macam."
"Dulu saya penakut kubur. Bila ayah meninggal, saya jadi berani pergi sorang-sorang. Sampai satu hari pergi dengan suami, tengah baca doa tiba-tiba keluar ular hitam kecil dari tepi kubur. Jarak dengan muka saya sejengkal je. Sejak tu saya tak berani pergi sorang-sorang..."