Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Abdul Hadi Ziarah Pusara Tun Hasmah, Imamkan Solat Jenazah

Abdul Hadi Ziarah Pusara Tun Hasmah
Kredit: Facebook Abdul Hadi Awang

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Putrajaya pada Selasa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Hadi hadir bersama beberapa individu termasuk Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Beliau juga turut mengimamkan solat jenazah di pusara itu.

Kredit: Facebook Abdul Hadi Awang

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya,” katanya menerusi kapsyen di Facebook.

Kehadiran beliau turut disambut oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kredit: Facebook Abdul Hadi Awang

Tun Dr Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sebelum disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Intipati
  • Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Hasmah di Pusara Negara, Putrajaya.
  • Beliau turut mengimamkan solat jenazah di pusara, menurut perkongsian di Facebooknya.
  • Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada 28 September di IJN, pada usia 100 tahun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan