Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu dikongsikan dalam hantaran Facebook Dr Mahathir, hari ini bersama beberapa gambar pertemuan berkenaan.
Sultan Brunei Berkenan Ziarah Tun M
Berdasarkan perkongsian, kunjungan baginda turut berangkat bersama, Putera Abdul Mateen Bolkiah
Sebelum ini, Dr. Mahathir, 101, dimasukkan ke IJN pada 29 September lalu untuk mendapatkan rawatan dan pemerhatian.
Anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, kemasukan Dr. Mahathir ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau mendapat perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Allahyarham Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada 28 September lalu sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya dengan Istiadat Pengebumian Negara
