Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suasana Hiba, Tun Mahathir Ziarah Pusara Isteri Tercinta

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Presint 20 di sini.

Menurut perkongsian video oleh BERNAMA, Tun Dr Mahathir tiba kira-kira 11.05 pagi dengan ditemani anggota keluarga, empat hari selepas pemergian isteri tercinta.

Kehadiran beliau turut mencuri perhatian orang ramai yang berada di kawasan berkenaan untuk menziarahi pusara Allahyarham.

Dalam suasana tenang, orang ramai memberikan ruang kepada Tun Dr Mahathir dan anggota keluarga untuk meluangkan masa di sisi pusara.

Beliau berada di situ kira-kira 20 minit sebelum beredar.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video berkenaan, warga maya mengakui merasa amat tersentuh melihat perkembangan terkini pemimpin ulung negara itu.

“Berat mata memandang. Ujian buat Tun. Takziah ya Tun, ujian juga buat kami yang rasa kehilangan. Semoga doa-doa ikhlas, pahala-pahala kecil terus mengalir, amin. Al-Fatihah buat mama kami, rakyat Malaysia,” komen Nor Sanusree.

“Arwah Tun Dr Siti Hasmah adalah wanita terbaik dalam dunia ini. Semoga Arwah Tun Dr Siti Hasmah 'senang' disana, amin,” komen Hamdan Hashim pula.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun dan disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.