Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tauke Nasi Kandar 'Buka Mulut' Pasal Mamak
Thaipusam sememangnya antara perayaan keagamaan penting bagi penganut Hindu, khususnya masyarakat Tamil di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Setiap tahun, sambutan ini menyaksikan ribuan penganut berkumpul di kuil dan lokasi tumpuan untuk melakukan ritual keagamaan.
Namun, di sebalik kemeriahan sambutan ini, satu perkongsian di media sosial mencuri perhatian ramai. Peniaga mamak menerusi Facebook Nasi Kandar Sulaiman tampil meluruskan salah faham segelintir masyarakat Melayu tentang komuniti mamak.
Pemilik akaun media sosial Nasi Kandar Sulaiman berkongsi pengalaman apabila dua pelanggan Melayu bertanya kepadanya sama ada dia menyambut Thaipusam.
Dia menjelaskan bahawa dirinya seorang Muslim dan tidak menyambut perayaan itu.
Namun, pelanggan itu masih keliru dan menyangka orang mamak turut menyambut Thaipusam atau mungkin mempunyai ahli keluarga yang beragama Hindu.
Awalnya, dia mengakui terkejut dengan soalan itu. Namun, dia memilih untuk berfikiran positif dan menganggap mungkin mereka kurang terdedah kepada latar belakang masyarakat mamak.
Dalam perkongsian itu, beliau menegaskan bahawa masih ramai yang mempunyai persepsi salah tentang mamak.
Ada yang menyangka mamak berasal daripada keluarga Hindu yang memeluk Islam. Hakikatnya, kebanyakan komuniti mamak memang Muslim sejak lahir, turun-temurun.
"Mungkin mereka rasa mamak ini ada kaitan dengan agama Hindu. Malah ada yang ingat mamak ini orang yang dari agama Hindu masuk Islam.
"Tetapi untuk orang yang tidak tahu tentang mamak, kami mamak memang dari lahir beragama Islam. Kami tidak mempunyai adik beradik yang bukan Islam. Bahkan tok kami dan moyang kami pun orang Islam juga," jelasnya.
Tambahnya, salah faham ini berlaku kerana ramai mengaitkan bahasa Tamil dengan agama Hindu, sedangkan bahasa hanyalah medium komunikasi.
Lebih menarik, dia turut berkongsi bahawa pada masa kini, ramai individu dari komuniti mamak yang menjadi imam, ustaz dan pendakwah. Ada yang menyampaikan hadis, mengajar agama dan aktif dalam dakwah Islam.
"Jadi Islam itu bukanlah untuk sesuatu bangsa atau tempat tertentu. Islam itu universal, untuk seluruh makhluk dalam dunia ini. Jadi mamak pun orang Islam juga. Mamak pun beriman kepada Allah dan Rasul. Mamak pun ikut rukun Islam dan rukun iman.
"Cuma mamak ada yang cakap Tamil. Tapi itu bukan bermaksud mamak bukan Islam. Tamil itu adalah satu bahasa untuk berkomunikasi sahaja. Yang mamak ikut adalah perintah Allah dan Rasul," katanya.