Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
cerita suami isteri
Gambar: AI/ImageFX
Rasa 'Tersentak', Cerita Suami Pasal Isteri Buka Mata Ramai

Hannah

Rasa 'Tersentak', Cerita Suami Pasal Isteri Buka Mata Ramai

Bila dah berkahwin, hidup memang rasa berubah 360 darjah, terutamanya buat kaum lelaki yang kini memikul gelaran suami.

Fikiran mula penuh dengan tanggungjawab. Bangun pagi fikir rezeki, siang fikir kerja, malam fikir masa depan. Semuanya demi keluarga.

Kerana kita tahu, isteri dan anak-anak bukan sekadar peneman hidup, tetapi amanah yang Allah titipkan.

Namun, dalam kesibukan mengejar tanggungjawab itu, tanpa sedar ada satu perkara kecil yang sangat besar maknanya, tetapi mungkin ramai terlepas pandang.

Baru-baru ini, tular satu coretan ringkas seorang lelaki dipercayai seorang suami. Ceritanya cukup ringkas, tapi cukup 'kena' tepat di hati pasangan suami isteri.

Kongsinya, isterinya bertanya satu soalan yang pada mulanya kedengaran biasa, soalan yang ringkas, yang mungkin juga selalu kita anggap remeh.

"Bila kali terakhir awak doakan saya?"

Si suami menjawab dengan penuh yakin. Mungkin dalam fikirannya, doa itu perkara rutin. Setiap hari solat, setiap kali menadah tangan. Sudah tentu dia selalu berdoa. Itu yang terlintas di kepalanya.

Namun isterinya tidak berhenti di situ, dia meminta hanya satu perkara kecil.

"Cuba sebutkan satu (doa untuk si isteri) bulan ni."

Saat itu, si suami akui terdiam. Otaknya kosong, tiada satu pun terlintas.

Bukan kerana dia tidak sayang. Bukan kerana dia tidak peduli. Tetapi kerana tanpa sedar, doa-doanya selama ini terlalu banyak tertumpu pada dirinya sendiri.

"Ya Allah, beri aku kejayaan."

"Ya Allah, mudahkan kerja aku."

"Ya Allah, beri aku kesabaran."

Realitinya, si isteri yang mengandung anak-anaknya, yang mengurus rumah dan yang menyokong impiannya tanpa jemu, tidak pernah 'masuk' dalam doanya.

Realiti pahit seorang suami

Lebih menyedihkan, dia sedar dia mudah mendoakan orang lain. Orang asing di media sosial. Kenalan yang tidak pernah ditemui. Dia mampu menulis dan menyebut doa untuk mereka tanpa berfikir panjang.

Namun wanita yang tidur di sisinya setiap malam, yang berkongsi susah dan senang selama bertahun-tahun, terpinggir dalam doanya sendiri.

Dalam sujudnya, dia memohon pangkat, kekayaan dan kejayaan. Tetapi tidak pernah sekali pun dia meminta agar isterinya diberikan syurga. Tidak pernah dia memohon agar Allah meringankan beban yang isterinya pikul setiap hari.

"Ambil masa 10 saat, sepatutnya aku buat bertahun dulu..."

Malam itu, sesuatu berubah buat si suami. Selepas setiap solat, dia mula mendoakan isterinya.

Satu hari selepas solat Subuh, isterinya datang menghampiri, memberitahu terdengar namanya disebut dalam doa si suami. Air mata si isteri mengalir.

"Bukan kerana aku mengucapkan sesuatu yang hebat atau luar biasa. Tetapi kerana selepas lapan tahun berkahwin, itulah kali pertama dia mendengar namanya disebut dalam doaku," kongsi si suami.

Coretan ini mungkin hanya 'singgah' di laman sosial kita. Tetapi, ambil masa untuk selami makna di sebaliknya.

Kadang-kadang, pasangan kita tidak perlukan hadiah mahal. Tidak perlukan kata-kata puitis setiap hari. Cukup doa daripada insan tersayang.